Tuesday, 8 October 2013

SALAM TAKZIAH


Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kraftangan Malaysia merangkap Pengerusi Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad yang kehilangan isteri tercinta pada Puan Hajah Rahimah binti Kadir. Allahyarhamah meninggal dunia pada pagi  9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H di Hospital Seremban. 
Semoga Tuan Haji sekeluarga tabah menerima kehilangan seorang isteri dan ibu yang dikasihi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang solehah dan beriman. Al-Fatihah. 

1 comment:

  1. Terima kasih banyak atas doa dan ucapan tuan kpd saya.Pemergian seorang isteri untuk selamanya sangat lah pedih dan memilukan, sorang yg paling rapat dalam kehidupan saya selama lebih 34 tahun, kami bersama mengharungi pelbagai duri dan onak di sepanjang laluan kehidupan ini, membina keluarga dan kehidupan, jerih dan payah dirasai,suka dirai dan duka diratapi, tapi rupanya kehidupan ini ada nokhtahnya, dan nokhtah untuk Rahimah isteriku yg tercinta ditetapkan pada 9 Okt 2013, / 4 Zulhijjah 1434 H. Tiada lah daya upaya ku kecuali meredhakan pemergiannya dgn hatiku yg sangat berat dan dukacita yg sangat dalam. Semoga Allah menerima segala amalan baiknya sebagai seorang isteri yg jujur dan setia,sebagai ibu yg berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya dan seorang insan yg banyak memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Daripada Allah dia datang, dan kpd Allah jua dia kembali, amin.

    ReplyDelete