Tuesday, 28 August 2012

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG



 

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MESYUARAT AGONG PERMULAAN
KOPERASI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR BERHAD
(DALAM PENUBUHAN)

 20 OKTOBER  2011 (KHAMIS), 3.00 PETANG
DEWAN SERI UTAMA 2,
BANGUNAN SERI UTAMA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BERSYUKUR KITA KE HADRAT IILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA, MAKA  MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA DAPAT DIADAKAN PADA PETANG INI.


1.           LATARBELAKANG KOPERASI

KOPERASI MERUPAKAN SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA KOPERASI 1993 DENGAN BERMATLAMAT UNTUK MENINGKATKAN KEPENTINGAN EKONOMI ANGGOTA-ANGGOTANYA MELALUI AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERDASARKAN LANDASAN KOPERASI.

KOPERASI BERGERAK BERLANDASKAN KEPADA 7 PRINSIP :
1.   KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA
2.   KAWALAN DEMOKRATIK OLEH ANGGOTA
3.   PENGLIBATAN EKONOMI ANGGOTA
4.   AUTONOMI DAN KEBEBASAN
5.   PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT
6.   KERJASAMA ANTARA KOPERASI DAN
7.   PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI HARUSLAH DIKENDALIKAN OLEH SEBUAH LEMBAGA YANG DILANTIK OLEH ANGGOTA KOPERASI DALAM

MESYUARAT AGONG.  UNTUK ITU, LEMBAGA KOPERASI PERLULAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANAKAN DASAR YANG DIPUTUSKAN PADA MESYUARAT AGONG.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KOPERASI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,
KRAFTANGAN MALAYSIA TELAH BERUSAHA MENUBUHKAN KOPERASI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR BERHAD SUSULAN SARANAN YANG DIMINTA SEMASA MAJLIS

MESYUARAT BERSAMA JABATAN. PENUBUHAN KOPERASI INI TERBUKA KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA. ANTARA AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN ADALAH
·        PINJAMAN,
·        KEPENGGUNAAN,
·        PENDIDIKAN,
·        LATIHAN DAN
·   LAIN-LAIN YANG AKAN GARISKAN SEMASA MESYUARAT AGONG SEBENTAR LAGI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,
SAYA BERHARAP AGAR AHLI LEMBAGA JAWATANKUASA YANG DILANTIK PADA HARI INI AKAN DAPAT MENJADI PENERAJU YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN RELA HATI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SETERUSNYA DAPAT MENYUSUN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK KEPENTINGAN AHLI. PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN JUGA  PERLU MELIBATKAN SEMUA PERINGKAT LAPISAN JAWATAN, PANGKAT DAN UMUR DALAM USAHA MEMPERTINGKATKAN PERNIAGAAN KOPERASI.

NAMUN, SAYA INGIN TEGASKAN SEKALI LAGI BAHAWA APA JUGA LANGKAH YANG DIJALANKAN DALAM MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA PIHAK KOPERASI, KEPENTINGAN ANGGOTA-ANGGOTANYA JANGAN SESEKALI DIABAIKAN. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN KOPERASI INI ADALAH UNTUK MEMBANTU ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA.

 PENUTUP
AKHIR SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA JAWATANKUASA PENAJA YANG TELAH SAMA-SAMA BERUSAHA  MEWUJUDKAN PENUBUHAN KOPERASI INI. SYABAS SERTA TAHNIAH DIUCAPKAN DAN SEMOGA MESYUARAT AGUNG KOPERASI KRAFTANGAN MALAYSIA  HARI INI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA SERTA MENCAPAI OBJEKTIF YANG DIHARAPKAN.

DENGAN LAFAZ  BISMILLHAHIRAHMANIRAHIM,  DENGAN INI SAYA MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI ANGGOTA KERJA KRAFTANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR BERHAD.


PERASMIAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN

MESYUARAT AGONG PERMULAAN
KOPERASI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA BERHAD 
(DALAM PENUBUHAN)

 20 OKTOBER  2011 (KHAMIS), 3.00 PETANG
DEWAN SERI UTAMA 2,
BANGUNAN SERI UTAMA

Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
memberi ucapan 
Encik Ramli bin Mohd Noor
Pengerusi Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad
Encik Najib bin Abd Razak
Penolong Pengarah NE, SKM Cawangan Kuala Lumpur
Ahli Lembaga Koperasi



Anggota kerja yang hadir semasa mesyuarat


SIJIL KEAHLIAN













Setiap ahli yang telah mendaftar dengan koperasi akan menerima sijil keahlian. Jika anda telah mendaftar dan masih belum menerima sijil ini, dipohon untuk menghubungi 03-21613793. Terima kasih

LOGO KOPERASI KRAFTANGAN MALAYSIA BERHAD