Wednesday, 17 October 2012

BIDANG EKONOMI UTAMA (EPP)

Dasar Koperasi Negara telah lancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2012 mengandungi 3 KRA atauKey result Area iaitu meliputi:
 
-Pembangunan aktiviti ekonomi koperasi;
-Keyakinan masyarakat;
-Kawalselia dan tadbir urus yang baik
 
Dasar Koperasi Negara II (DKN2),  telah dirangka bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi memeta tindakan dan arah tuju koperasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. DKN2 bagi tempoh 2011 hingga 2020 adalah kesinambungan kepada DKN1 yang berakhir pada 2010.
 
Landskap Dasar Koperasi Negara telah menggariskan 5 Teras Strategik untuk dicapai iaitu :
 
-TS1:Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi
-TS2:Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi
-TS3:Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi
-TS4:Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi
-TS5:Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan
 
Untuk mencapai dasar yang dirangka, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengenal pasti 5 bidang ekonomi bernilai tinggi sebagai EPP untuk diberi penumpuan iaitu:
 
-Perkhidmatan Kewangan;
-Pemborongan dan Peruncitan;
-Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan;
-Pertanian dan Industri Asas Tani;
-Perladangan
 
 
EPP: Perkhidmatan Kewangan
 
Sektor kewangan adalah penyumbang terbesar dan menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi negara. Sehingga Disember 2011, sebanyak 80% daripada sumbangan koperasi adalah datangnya daripada sektor kewangan. Pengukuhan koperasi dalam perkhidmatan Kewangan membolehkan perolehan ditingkatkan daripada 64% kepada 70% menjelang 2020.
 
Bagi tujuan meningkatkan lagi aktiviti dalam sektor ini, koperasi-koperasi digalakkan untuk menawarkan produk kewangan baru seperti Ar-Rahnu, pembiayaan mikro kredit, gabungan koperasi-koperasi Kredit, Kad Coop, serta wakil Khidmat Bank Rakyat serta lain-lain aktiviti pembiayaan yang boleh menyokong pembangunan perniagaan dan perusahaan selain menghadkan kepada pembiayaan peribadi sahaja.
 
 
EPP: Pemborongan dan Peruncitan
 
Sektor pemborongan dan peruncitan telah mula aktif dalam gerakan koperasi sejak tahun 1949 dan  dijangka akan terus memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan output koperasi.
 
Perangkaan semasa menunjukkan 50% koperasi terlibat dalam sektor pengedaran, dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting bagi memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.
 
Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipat gandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini.
 
Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan efisien dalam membantu kerajaan menstabilkan harga barangan dipasaran.
 
Suruhanjaya Koperasi Malaysia sedang melaksanakan beberapa program bagi menggalakkan pembabitan koperasi dalam bidang ini seperti:
 
-Mewujudkan produk-produk jenama "COOP 1Malaysia" untuk dijual di premis-premis milik koperasi,
  
-Mewujudkan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) mengikut negeri dan daerah;
  
-Permodenan kedai runcit di bawah program TUKAR;
  
-Menggalakkan koperasi mendapatkan Lesen Borong Barang Kawalan;
  
-Menggalakkan koperasi menyertai perniagaan stesen minyak Peruncitan SMART STREAM,  di samping;
  
-Menggalakkan pembukaan pasaraya yang diusahakan oleh koperasi


SUMBER : http://www.skm.gov.my/epp 
 

2 comments:

  1. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete