Wednesday, 17 October 2012

AMARAN! - SKIM PELABURAN MELALUI INTERNET



Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet.
Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan
atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata
wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang
pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.
Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau
menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia
agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti
menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara
untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang
yang terbabit dengan skim tersebut.

:: Ihsan daripada Bank Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment