Tuesday, 25 September 2012

KURSUS INDUKSI KOPERASI BARU AHLI ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad telah menjemput dua orang wakil dari Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad untuk menyertai Kursus Induksi Koperasi Baru Ahli ANGKASA. Kursus tersebut akan diadakan pada 20 & 21 Oktober 2012 bertempat di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur. 

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat tentang bagaimana koperasi ahli boleh mendapatkan manfaat apabila menganggotai ANGKASA. 


INFO KURSUS INDUKSI
Kursus Induksi kepada koperasi baru ahli ANGKASA telah mula dilaksanakan pada tahun 2011. Kursus uni dilaksanakan bertujuan untuk : 
  • Memberi pendedahan dan maklumat tentang ANGKASA kepada koperasi ahli baru ANGKASA.
  • Menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh koperasi ahli ANGKASA.
  • Mewar-warkan tenatang program dan aktiviti yang ditawarkan oleh ANGKASA dan boleh disertai oleh koperasi baru ahli ANGKASA.
  • Memperjelas tentang kepantingan penyatuan gerakan koperasi dan menerangkan dasar-dsar semasa ANGKASA selaras dengan Dasar koperasi Negara (DKN)

No comments:

Post a Comment