Monday, 24 September 2012

ICA EXPOCOOP 2012

Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad telah menerima jemputan untuk menyertai sebagai Pempamer Sempena ICA Expo di Manchester Central, Manchester, United Kingdom (UK) pada 31 Oktober hingga 2 November 2012. 

Program ICA Expo 2012 ini bertujuan untuk memberi peluang perniagaan dan promosi kepada koperasi-koperasi di Malaysia terutamanya berkaitan produk pelancongan sebagai usaha mementapkan sektor koperasi pelancongan di Malaysia sepertimana sasaran Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Justeru itu, Koperasi Warga Kraftangan Malaysia telah dipilih untuk mengetengahkan produk kraf ke mata antarabangsa.  Antara produk lain yang dijemput untuk menyertai expo ini adalah seperti dalam bidang pelancongan, homestay, hotel dan batik. 

Untuk makluman, kos booth pameran untuk delegasi dari Kraftangan Malaysia  akan ditanggung sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memandangkan koperasi ini dikategorikan sebagai kecil dan baru ditubuhkan. Semoga lebih banyak lagi peluang  seperti ini dapat diberikan kepada koperasi agar dapat menjana pendapatan  dan seterusnya memberi keuntungan.

Terima kasih kepada SKM di atas jemputan.  


Maklumat lanjut boleh layari : http://www.icaexpo.coop/index.html

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete