Sunday, 15 April 2012

CADANGAN AKTIVITI KOPERASI

Jawatankuasa Koperasi telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dan yang terbaru ialah pada 25 Januari 2012. Diantara aktiviti utama yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah seperti berikut:-


i.    Skim Pinjaman Peribadi.  Skim ini mensasarkan tabung pinjaman sebanyak RM10,000 yang akan dibuka pelaburannya kepada ahli koperasi. Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian setelah semua urusan dan pembahagian keuntungan dapat diselesaikan.

ii.      Pakir Berbayar di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Menguruskan pakir berbayar di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan pakir di Restoran Melayu di  Jalan Conlay.

iii.        Niaga Gerai Makan Semasa Promosi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

iv.        Menyediakan lot-lot tanah kediaman kepada ahli. Ahli boleh memaklumkan kepada Pengerusi atau jawatankausa  jika terdapat tanah untuk dijual. Tanah itu akan dibeli oleh koperasi dan akan ditawarkan semula kepada ahli yang memerlukannya.

v.         Perniagaan Teksi / kereta Sewa. Koperasi akan memohon lesen teksi bandar.

vi.        Perniagaan Bahan Cenderamata dan kemudahan pelawat.

vii.       Membeli Rumah Kedai bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

viii.   Menyediakan Perkhidmatan Insurance Individu dan Berkelompok kepada ahli koperasi.

i.                   Berniaga Makanan Ringan di Craft Delight Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment