Saturday, 17 March 2012

MESYUARAT AGONG PERMULAAN


Koperasi Anggota Kerja Kraftangan Malaysia Kuala Lumpur Berhad telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Agung Permulaan pada 20 Oktober 2011 di Dewan Seri Utama 2, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Mesyuarat, dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Turut hadir ialah En. Mohd.Najib Abd Razak, Penolong Pengarah Nasional E, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai kanan Kraftangan Malaysia. 


Idea untuk Penubuhan Koperasi 

Mesyuarat Agung Permulaan bersetuju dengan idea untuk penubuhan koperasi dan membuka keahliannya kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia. Mesyuarat juga bersetuju dan meluluskan Undang-undang Kecil Koperasi yang menjadi garis panduan tentang bagaimana koperasi boleh menjalankan fungsinya untuk faedah ahli. Cadangan penubuhan koperasi ini mendapat sokongan dan pengesahan dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang diwakili oleh pihak pekerja dan majikan pada tahun 2010.


Pendaftaran Koperasi

Pada 2 Disember  2011, permohonan pendaftaran koperasi secara rasmi dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pada 20 Disember 2011, koperasi diluluskan penubuhannya dengan pertukaran nama kepada Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad, No. pendaftaran  W-4-0757; Rujukan SKM.IP(Pend) W-700 / (i). Ini bermakna Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad, telah disahkan  pendaftarannya dan boleh menjalankan fungsinya seperti yang diluluskan didalam Undang-Undang Kecil.

No comments:

Post a Comment