Monday, 21 April 2014

MINIT MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA KOPERASI

Seperti semua ahli koperasi sedia maklum, koperasi telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali Pertama Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad pada 8 April 2014 di Dewan Seri Utama 2, Bangunan Seri Utama Kraftangan Malaysia. Antara agenda yang dibincang dan diputuskan adalah seperti berikut :

  • Koperasi akan menyediakan Tabung Kebajikan anggota yang mana tabung ini akan digunakan bagi membantu anggota yang ditimpa musibah dengaan wang saguhati sebanyak RM650.00
  • Encik Sahaimi Abd Manaf telah dilantik bagi mempengerusikan Mesyuarat Agong Bil 1/2014
  • Bendahari meminta ahli mesyuarat merujuk kepada Laporan Tahunan 2013 dan menyatakan hasil daru JuruAudit Luar tersebut menyarankan agar koperasi memberi dividen atas modal syer anggota sebanyak 100%
  • Tiga orang Ahli Lembaga dipilih bagi mengosongkan kerusi iaitu Encik Ramli bin Mohd Noor, Encik Abdul Razak bin Romlan dan Encik Kamaruzzaman bin Idris
  • Mesyuarat telah membuat undian dan telah melantik 3 orang Ahli Lembaga yang baru mengikut suara majoriti iaitu Encik Sahaimi Abd. Manaf, Encik Norlidzan Saad dan Puan 'Ainu Sham binti Ramli
  • Mesyuarat bersetuju untuk memberi elaun mesyuarat kepada anggota lembaga yang hadir mesyuarat agong sebanyak RM20.00
  • Koperasi akan menggunakan khidmat JuruAudit Mohd Yasin & Associates sebagai juruaudit luar 
  • Bagi Had Pelaburan yang dibiayai oleh wang wang lebihan koperasi, Encik Misroni bin Haji Sulaiman mencadangkan had siling sebanyak RM50,000. Cadangan ini telah disokong oleh semua koperasi
  • Bagi menentukan had maksimum keterhutangan, Encik Misroni bin Haji Sulaiman mencadangkan sebanyak RM1.5 juta dan telah dipersetujui oleh semua ahli

Wednesday, 2 April 2014

AGENDA MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA

AGENDA MESYUARAT AGONG PERTAMA KALI BIL. 01/2014
KOPERASI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA BERHAD

  1. Mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat             agung khas yang berselang;
  2. Menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman.
  3. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, termasuk pembahagian keuntungan bersama dengan laporan juruaudit;
  4. Memilih anggota Lembaga;
  5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang;
  6. Membentangkan laporan berkenaan dengan penerimaan deposit dan pinjaman daripada anggota dan bukan anggota;
  7. Meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada;
  8. Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada     dua orang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau seorang pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi;
  9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan Koperasi;
  10. Menimbang dan meluluskan surat cara deposit atau pinjaman;
  11. Menentukan had maksimum keterhutangan;
  12. Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
  13. Mengisytihar atau menerbitkan syer bonus, jika ada;
  14. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan lain Koperasi yang baginya suatu notis tidak kurang daripada      tujuh hari telah diberikan;
  15. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi;
  16. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada Koperasi ini, yang dikemukakan oleh mana-mana anggota yang terkilan dengan keputusan Lembaga;dan
  17. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan mengikut Peraturan, jika ada.

Wednesday, 23 October 2013

PENDAFTARAN AHLI BARU KOPERASI


Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad mengalu-alukan pendaftaran keahlian baru kepada seluruh anggota kerja Kraftangan Malaysia. Banyak faedah yang diperolehi dengan menjadi ahli seperti pulangan keuntungan setiap perniagaan yang dijalankan oleh koperasi dan pinjaman pembiayaan peribadi.

Bagi yang berminat, borang permohonan boleh di muat turun di sini 

Tuesday, 8 October 2013

SALAM TAKZIAH


Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kraftangan Malaysia merangkap Pengerusi Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad yang kehilangan isteri tercinta pada Puan Hajah Rahimah binti Kadir. Allahyarhamah meninggal dunia pada pagi  9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H di Hospital Seremban. 
Semoga Tuan Haji sekeluarga tabah menerima kehilangan seorang isteri dan ibu yang dikasihi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang solehah dan beriman. Al-Fatihah. 

PEMBIAYAAN PINJAMAN PERIBADI - KOPERASI WARGA KRAFTANGAN (M) BHD.

Ahli Koperasi
Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad


Tuan/Puan,


PELANCARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PERIBADI (P3) - KOPERASI WARGA KRAFTANGAN (M) BHD.

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2.         Koperasi Warga Kraftangan (M) Bhd. telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan no. pendaftaran W-4-0757 bertarikh 20 Disember 2011. Koperasi ini juga telah menjadi ahli ANGKASA  dan telah didaftarkan pada 15 Mac 2012 dengan no. pendaftaran 5034/WP0417.

3.         Hampir dua tahun koperasi beroperasi, Lembaga telah memberi pertimbangan wajar khususnya dari sudut kewangan dengan mengambil kira daripada pelbagai aspek, akhirnya memutuskan untuk memperkenalkan P3 kepada ahli Koperasi setelah kedudukan kewangan Koperasi mengizinkan untuk menyediakan pembiayaan seperti ini.

4.         Koperasi Warga Kraftangan (M) Bhd. kini menyediakan PEMBIAYAAN PINJAMAN PERIBADI (P3) bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ahli. P3 dilancarkan dengan rasminya pada 1 Oktober 2013. Bersama-sama ini disertakan syarat pinjaman dan Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi (P3).

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,
MISRONI BIN HJ SULAIMAN
Timbalan Pengerusi

Koperasi Warga Kraftangan (M) Bhd.

Friday, 19 April 2013

HARI KOPERASI NEGARA

Latar Belakang
 
Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
 
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.
 
 
Objektif
 
Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.